Thursday, March 25, 2010

In KOKAL

This is what Miss Suaini Sura said:

Terpanggil diri untuk menulis seolah-olah bola ajaib dari hutan telah jatuh dan disambut oleh tangan ini. Tika hujung minggu (20 & 21 mac 2010) menjelma, kita diulit mimpi indah, bersantai di rumah ditemani tv, anak2 dan kawan2 untuk menikmati masa bersama, panas mentari hanya dilafaz dan dipandang tidak terdetik di hati untuk berani menikmatinya walau sekelumit pun. Namum ada insan-insan yang lupa kenikmatan hujung minggu demi satu nama yang terpahat di hati SSIL.. saya tahu bukan hanya saya yang punya jawatan HEP dihujungnya tidak sedar adanya insan-insan ini tetapi kawan-kawan yang lain jua tidak menyedarinya, Entah tidak tahu di mana salahnya. Hinggalah saya mendapat warkah indah utusan dari atas menyeru saya agar menikmati keindahan hujung minggu di bawah terik mentari… Dengan sejujurnya saya pada mulanya merasakan seakan batu menimpah diri dan dengan segala kekuatan yang entah wujudkah ketulusannya, dan dalam keterpaksaan menikmati hujung minggu yang tidak diundang..

Terkejut, terpaku dan tersegan seketika bila melihat insan-insan yang ku tidak tahu kewujudanya berjuang demi satu nama SSIL. 15 pelajar yang keletihan tetapi penuh senyum di wajah telah membangunkan diri ini dari mimpi… Perjuangan mereka ini tidak dapat saya ungkapkan selain rasa terharu, teruja dan terima kasih atas tulus ikhlas mereka berjuang demi SSIL.. Malu rasanya diri ini…kecewa diri ini…. mereka tidak bertanya mana pensayarah-pensyarah SSIL, mana wakil PMSSIL, mana kawan-kawan yang lain, siapa dating menyokong dan apa ganjaran dari SSIL. Yang mereka suarakan…. Adakah lagi peluang untuk mereka letakan nama SSIL di atas?? Akhirnya SSIL mendapat tempat ke 2 dengan 11 mata. (3 emas, 1 perak, dan 7 gangsa) sempena Sukan KOKAL 2010(antara program) UMSKAL. Terpikir seketika akan adakah lagi golongan-golaongan yang dibanggakan ini pada masa depan… tertanya pada diri sanggupkah saya seperti mereka???… Thanks a lot to Asrul, Brian, Sri, Nadia, Helley, Ratna, Conny,Cissy, Eddy, Rajis, Rasani, Edwin, Asnerah and Elly atlet2 SSIL….. U all rock SSIL….

Emas ( 4X100 P, 100 P –Ratna, 400 P – Ratna)

Perak ( 200 P – Conny)

Gangsa ( 4X400 L, 100 L – Rajis, 200 P – Nadia, Lembing L – Asrul, Peluru L – Brian, cekera P – Cisy, Peluru P –

Sri dan Lembing P – Sri)



Kudos to SSIL Team!!! :DD

0 comments:

Post a Comment

  ©Template by Dicas Blogger.